Tuesday, May 5, 2009

SEJARAH WAU

- Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

- Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

- Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


SEJARAH LAYANG-LAYANG
- 400 SM – Greece
- 200 SM – Negeri China: Jeneral Tentera semasa Dinasti Han mengukur jarak terowong
- Berkembang ke negara lain di Asia
- 1500 M - Sejarah Melayu: Tun Sri Lanang: Permainan anak-anak Raja semasa pemerintahan Sultan Mahmud

SEJARAH WAU
Tiada catatan khusus mengenai asal usul wau.
- Cerita rakyat mengenai kanak-kanak menangis
- Cerita rakyat mengenai semangat padi
- Kisah Dewa Muda semasa Pemerintahan Sri Wijaya 732 M
- Wau dikatakan berasal dari perkataan Thai

SEJARAH WAU MALAYSIA

- Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

- Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

ANATOMI WAU


JENIS-JENIS WAU TRADISIONAL

WAU TRADISIONAL KEBANGSAAN
- Wau Bulan
- Wau Kucing
- Wau Jalabudi

WAU TRADISIONAL NEGERI
- Wau Helang - Negeri Perlis
- Wau Kangkang - Negeri Kedah
- Wau Seri Bulan - Negeri Perak
- Wau Kapal - Negeri Selangor
- Wau Seri Negeri - Negeri Sembilan
- Wau Kiik - Negeri Melaka
- Wau Merak - Negeri Johor
- Wau Cenderawasih - Negeri Pahang
- Wau Puyuh - Negeri Kelantan
- Wau Kenyalang - Negeri Sarawak

PROSES MENGHASILKAN WAU

MEMILIH BULUH

- Lurus dan Ukurlilit besar
- Ruas yang panjang
- Rumpun di Tanah Tinggi
- Kelihatan Kering dan Tua
- Ditengah Rumpun
- Tiada Pucuk Muda
- Sebelah Petang di Musim Panas

MERAUT

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter
MEMBUAT BINGKAI

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor.

Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor.

Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

CARA MEMBUAT SOBEK

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa.

Ukiran pada wau ini biasanya diambil daripada motif tumbuh-tumbuhan semulajadi. Motif yang berasaskan tumbuhan biasanya jenis yang menjalar.

Di antara contoh-contohnya adalah :
Pokok peria, pokok kekacang, pokok seri pagi, tembikai dan sebagainya.

Monday, May 4, 2009

MELAKAR CORAK

MENEBUK CORAK

video

MENAMPAL KERTAS WARNA
MENAMPAL SOBEK KE RANGKA WAU

MEMASANG JAMBUL, RAMBU & BUSUR

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

WAU LUAR NEGARA