Tuesday, May 5, 2009

SEJARAH WAU

- Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

- Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

- Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


SEJARAH LAYANG-LAYANG
- 400 SM – Greece
- 200 SM – Negeri China: Jeneral Tentera semasa Dinasti Han mengukur jarak terowong
- Berkembang ke negara lain di Asia
- 1500 M - Sejarah Melayu: Tun Sri Lanang: Permainan anak-anak Raja semasa pemerintahan Sultan Mahmud

SEJARAH WAU
Tiada catatan khusus mengenai asal usul wau.
- Cerita rakyat mengenai kanak-kanak menangis
- Cerita rakyat mengenai semangat padi
- Kisah Dewa Muda semasa Pemerintahan Sri Wijaya 732 M
- Wau dikatakan berasal dari perkataan Thai

No comments:

Post a Comment